Total Pageviews

Wednesday, August 24, 2011

ZULKIFLI YUSOFF- visit to studio- 17 August 2011, Tanjung Malim, Perak

Zulkifli Yusuf sememangnya terkenal dengan karya arca, menceritakan kepada Marisa mengenai karya yang dihasilkan.

Disamping karya Zulkifli Yusoff, icons.karya ini telah dipamerkan di Balai Seni Lukis Negara.

Sedang memerhatikan video gerakkerja artis.

menceritakan penghasilan karyanya.

Sedang berbincang dan mengusul pandangan mengenai karya marisa yang bakal dipamerkan.

Thursday, August 18, 2011

MARISA AND CLAYWORKS

marisa with clay, to see this video, kindly click....

Tuesday, August 16, 2011

SKETCH- BEKARYA TETAP BEKARYA

BUKAN KERJA SENANG- Marisa membuat sketch figura di Genting Highland.

Bangla pun Bangla laa.....Bole,bole....

cuba menghasilkan karya arca menggunakan tanah liat bersama pelajar ASWARA di IKN

Connor pun turut bekarya...

Thursday, August 4, 2011

WORKS ON CANVAS....








Figure sketch 400

Berikut adalah sebahagian dari lakaran yang dihasilkan.....
















BUKAN HANYA SATU SKETSA.....

Saya sebagai salah seorang yang bergiat dalam pelbagai bidang kesenian terutamanya seni rupa sangat teruja apabila mengenali diri seorang wanita ini. Ingin saya perkenalkan sahabat saya berdarah kacukan Melayu dan Cina yang cukup ekstrimis dalam menghasilkan karya lakaran atau seantara dunia kenali sebagai 'sketch'.

Marisa R.Ng merupakan seorang ibu yang sanggup mengorbankan kerjayanya demi menghasilkan karya seni. hingga kini saya masih buntu akan keputusan yang beliau ambil bagi meneruskan kerja gila ini. Harapannya cukup tinggi bagi bersama mewarnai dunia seni tanahair.

Lakaran suatu ketika dahulu...

Beliau begitu berminat menghadiri mana-mana pameran seni yang berlangsung di mana-mana galeri di ibukota. Sering kelihatan kelibat beliau dalam mana-mana acara kesenian. Minat ini akhirnya memupuk diri beliau untuk mencuba 'membuat' sesuatu hasilan seni secara melakar dengan bersahaja. "Mungkin suatu hari nanti manalah tahu yang karya saya bakal digantung dimana-mana galeri tempatan....mungkin!." katanya secara berseloroh.

Namun apa yang mula dihasilkan mula menarik beliau dengan lebih mendalam lagi. Dari 'main-main sketch', juga mula mencuba bahan yang berlainan. Dari bahan kepada subjek yang dilihat dan seterusnya ke arah penghasilan sketch yang lebih serius.

Menyedari akan kebolehan dirinya yang agak terbatas, terutama bila ditanya mengenai pendidikan formalnya dalam bidang seni.....katanya sambil senyum...'tiada'. Apa yang beliau ada hanya berpendidikan tinggi dalam bidang perakaunan. Beliau juga agak malu untuk memperkatakan dunianya dalam 'bilang hasil keuntungan' yang diceburinya sebelum ini....lantas, berkata....'I forgot it". Cuma kini beliau mendapat latihan dan tunjukajar dari beberapa orang artis seperti suzlee dan ismadi

Melihat apa yang dihasilkan oleh beliau pada hari ini....memang saya kata....'Satu kerja gila tapi masih lagi berpedoman". Walaubagaimanapun sketch yang dihasilkan pada hari ini agak mengusik kebolehan pelajar pandai dari Institusi Seni Mashyur Negara. Kini beliau mampu untuk tersenyum sekiranya anda bertanya....banyak sketch yang dilukis?....bersahaja jawabnya...dalam 40 lakaran figura SEHARI!.

Dengan itu....masih ada golongan taliban seni yang berkata...."Apalah sangatttt......"

Saya juga agak tercabar melihat pengorbanan beliau yang sanggup berusaha siang dan malam bagi menghasilkan lakaran. Saya juga difahamkan beliau akan mengadakan pameran solo berupa 'satu sintesis' terhadap 1000 lakaran awal tentang penglibatannya itu di galeri ASWARA pada 11.11.2011. Pameran yang bakal diadakan ini akan di kuratorikan oleh saudara Erry Arham, bekas Kurator Negara yang pernah menabur Bakti di Balai seni Lukis Negara dan kini telah berkhidmat di ASWARA.

Sama-sama kita tunggu dan saksikan......

Saya juga difahamkan, bukan hanya itu sahaja, bahkan beliau juga akan menghasilkan 10,000 lakaran. Namun, untuk julung kalinya, pameran pertama solo beliau ini bakal menampilkan 1000 sketch pertama yang telah dihasilkan.

Namun puak tersebut berkata.... 'Why She doing That??'

Kadang-kadang beliau juga kecewa dengan apa yang dikatakan.....Hanya keyakinan diri yang tinggi untuk berusaha menjadi bekalan. Gambar ihsan oleh Rafil Ramli.

Saya melihat apa yang dihasilkan oleh beliau ini cukup memberi impak terutama bagi mereka yang dikenali sebagai warga seni....malangnya ada juga kalangan 'pandaian' yang menidakkan usaha beliau ini dengan berkata 'What the big deal of doing 10,000 sketch?......Encik.....Bukan dia mencari nama sebagaimana kamu yang telah popular sebagai pelukis tanahair.

Namun menyedari akan hakikat diri yang tiada berpendidikan formal dalam bidang senilukis....memanglah agak sukar...namun perkara itu tidaklah mustahil baginya. Itulah kemampuan diri saya...katanya, dia perlu lakukan sedemikian bagi memperbaiki kebolehan diri...Namun, saya kira sketch yang ke500 .. mampu untuk menjadi saksi bagi menjawab sindiran mereka itu. Kini sketch terkini yang telah dihasilkannya itu cukup menampakkan perubahan dalam siri lakarannya.

Ingat kata-kata tok'ki kita dilukis di celah teratak junjung dewan sekolah rendah suatu ketika dahulu....'Kalau tidak dipecahkan Ruyung, manakan dapat Sagunya......'.

saya kira ini sketch yang ke300.....dah banyak perubahan!

Melihat akan keadaan diri, kian hari yang cuba memperjudikan dirinya dalam bidang seni ini, kadangkala cukup memberi igauan pada mereka yang bergiat dalam bidang senirupa.

hari ini mereka-mereka itu telah berkata......YER KER....

Apalah salahnya bagi kita kalian yang dikenali sebagai 'Seniman Sejak Dahulukala', malah sebahagian dari kita punya martabat dan makam yang cukup tinggi, mahupun"Guru Kaka'" ....

Berilah sekadar kata-kata rangsangan bagi beliau turut sama berjaya dalam bidang seni ini....itulah yang kita cuba hasilkan hingga ke hari ini, paling tidak ada juga kalangan masyarakat yang cuba menghayati keindahan sebagaimana dalam karya kita....dan mereka ini turut ingin bekarya......

Cukuplah sekadar tempias darinya.......

Katanya, usaha yang dilakukan ini bukan hanya utuk kepuasan bagi dirinya sahaja....bahkan beliau juga sedang dalam pembikinan membuka sebuah Resort + Art Institute di sebuah pulau(katanya...di pantai timur). Kata beliau lagi.... untuk sama berkongsi pengetahuan dengan mereka di 'belahsana dunia'....sudahtentu bagi mereka yang 'berdayamampu' yang senasib inginkan lambaian seni....

Bagi golongan taliban itu...katanya...'Hai Marisa.....Bolehlah i Join......'

itulah....kita yang agak kitak!

Buat Marisa,
masih banyak yang anda perlu pelajari tentang 'Hukum-Hakam-Politik-Seni Malaya', pun begitu...masih belum ada lagi kalangan pelukis yang dinobatkan sebagai 'Seniman Diraju'...namun ternyata apa yang anda lakukan...'bukan kerja bodoh' atau bahasa santunnya 'bukan membuta tuli'....Barisan rakan anda tetap akan memberi sokongan buat perjuangan anda....Semoga SUCCESS!

SKETCH @ BIRD PARK KL